Friday, August 21, 2009

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK 1430H


jika semua harta adalah racun, maka zakatlah penawarnya
~jika seluruh umur adalah dosa, maka taubatlah ubatnya~
jika seluruh bulan adalah noda, maka Ramadhan lah pemutihnya
~jika salah dan khilaf yg pernah ada, mohon maaf yg dipinta~

Friday, August 14, 2009

Today

is FRIDAY (huhuhuhu)

Tomorrow SATURDAY...hip hip hooray....aku cuti!

Bagi korang yg keja jgn plak jadi mcm ni ye....


Thursday, August 13, 2009

~Pergi Tak Kembali~



















Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

<<--Tertulis kematian pada surat kehidupan-->>

Ustaz Asri Ibrahim (Rabbani) telah selamat pulang ke rahmahtullah pada hari Khamis 13th August 2009 bersaman 22 Syaaban 1430. Bila dpt ja tau Ustaz Asri meninggal, terus I teringat lagu nyanyian beliau- Pergi Tak Kembali. Suara Ustaz Asri sgt merdu/lunak. Setau I, Rabbani ni dahulunya Nada Murni. (correct me if I'm wrong k).

Lagu ni juga terngiang-ngiang di telinga aku saat melihat arwah abah dimandikan buat kali terakhir. Sehingga saat ini airmata aku masih menitis tanpa diundang bila teringatkan arwah abah. Wajah abah yg sangat tenang...sgt2 tenang seperti dibuai mimpi yg indah.
I miss him soo much!

~Al-Fatihah~

Do you know him?

His name is Mahmoud Ahmadinejad













This morning while searching an info for my research (C&B), I found some info about him.It is soo much different to compare with what we have in Malaysia.

Kind of sharing with all readers :-

Ahmadinejad memang terkenal dengan kesederhanaannya. Antara bukti gaya hidup sederhana presiden Iran yang paling digeruni oleh kuasa Barat ini ialah:

1. Saat pertama kali menduduki pejabat presiden, Ahmadineejad menyumbangkan seluruh karpet pejabat presiden yang sangat tinggi nilainya itu kepada masjid-masjid di Teheran, manakala karpet pejabat Presiden yang didudukinya digantikan dengan karpet biasa yang sangat sederhana.

2. Di banyak kesempatan beliau kelihatan begitu ramah dan mesra dengan semua petugas pejabat, termasuk pekerja kebersihan pejabat.

3. Langkah pertamanya sebagai presiden ialah mengisytiharkan hartanya yang terdiri dari sebuah kereta tua Peugeot 504 tahun 1977 dan sebuah rumah sederhana warisan ayahnya berusia 40 tahun yang lalu yang terletak di sebuah desa terpencil di Teheran. Baki akaun bank dalam simpanannya pula sangat kecil dan satu-satunya wang masuk adalah wang gaji bulanannya .

4. Gajinya sebagai tenaga akademik di sebuah universii tempatan hanya sekitar US$ 250.

5. Sehingga kini Ahmadineejad masih tinggal di rumahnya yang amat sederhana itu dan bukan di kediaman presiden.

6. Ahmadineejad tidak pernah mengambil wang gajinya sebagai presiden, alasannya ialah semua wang gajinya adalah milik negara dan dia bertugas untuk menjaga negaranya.

7. Satu hal yang membangkitkan rasa kagum kakitangan pejabat presiden adalah sebuah beg kecil yang sentiasa dibawa setiap hari Ahmadineejad ke pejabat yang berisikan sarapan pagi terdiri dari kepingan roti atau roti keju yang disiapkan sendiri oleh isterinya di rumah. Beliau dikatakan memakan makanan yang disediakan isterinya itu setiap hari dengan gembira dan mengenepikan kebiasaan menyediakan makanan khusus untuk presiden seperti sebelumnya.






















8. Sebaik berkuasa, pesawat peribadi untuk presiden diubahnya menjadi pesawat kargo untuk berkhidmat kepada masyarakat dan untuk dirinya, ia meminta terbang hanya dengan pesawat biasa dengan kelas ekonomi.

9. Beliau boleh ditemui di pejabatnya tanpa temu janji dan protokol yang menyusahkan tetamunya.

10.Jika perlu menginap di hotel, Ahmadineejad hanya meminta disediakan bilik kecil kerana beliau tidak suka tidur di atas katil, tetapi lebih suka tidur di lantai beralaskan karpet dan selimut.

11. Ketika waktu solat jemaah, jika tiba lewat beliau tidak mahu diberi layanan istimewa, sebaliknya hanya berada di saf tengah atau belakang seperti jemaah lain.

























































12. Sebaik sahaja masuk waktu solat, Ahmadineejad terus menghentikan aktivitinya serta merta untuk mengerjakan solat nya. biar di manapun beliau berada. Jika waktu solat tiba ketika beliau berada di atas jalan, beliau akan bersolat di atas jalan, asalkan ianya bersih

13. Beliau juga tidak berkompromi dengan hukum dan larangan Allah. Beliau tidak mahu bersalaman dengan wanita yang bukan muhrimnya, cukup hanya sekadar menundukan kepalanya kepada wanita sebagai rasa hormat.
















What do you think? Do we have one?

Tuesday, August 11, 2009

HAPPY BIRTHDAY

12th August 2005/ 7 Rejab 1426 - 11.05am (Friday)


I gave birth to a cute lilttle baby boy. We named him Muhammad Iman Hafis and today he turned to 4 years old.

Dear Iman,

Happy Birthday Sayang!
















Nothing can describe our happiness when you were born, BECAUSE you brighten our life and fill it with joy!No matter how many birthdays come and go, you'll always be my little boy.


Monday, August 10, 2009

You are my SUNSHINE














You are my sunshine,
My only sunshine.
You make me happy,
When skies are gray.
You'll never know dear,
How much I love you.
So please don't take my sunshine away.


Monday, August 3, 2009

My Little Boy

Hello there, my name is MUHAMMAD IMAN HAFIS. I am 4 years old!